Sunday, September 6, 2015

PERUMPAMAAN LALAT DALAM PENGURUSAN ORGANISASI


Selagi kita hidup, kita cuma ada dua pilihan. Pertama ialah hidup dengan sumber wahyu Allah yang segar lagi menyegarkan, sejahtera lagi mensejahterakan serta tenang lagi menenangkan. Pilihan kedua ialah bersumberkan regim (fahaman jahat) syaitan yang sesat lagi menyesatkan, resah lagi meresahkan dan panas lagi memanaskan. Jika anda tidak bertakwuz dari regim syaitan, maka jangan harap anda akan mendapat hidayah Allah.

QS: 16. An Nahl 98. “Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta perlindungan DENGAN ALLAH dari REGIM SYAITAN”.

Merujuk kepada pengalaman Pengurusan Tabiat Organisasi (Organizational Behavioral Management - OBM) suka kami kongsikan beberapa cabaran di dalamnya. Antaranya ialah bagaimana tabiat ahli sesebuah organisasi yang mampu menggugat keutuhan organisasi tersebut. Tabiat yang ingin kami kaitkan ini ada kaitan dengan perumpamaan lalat dan nyamuk yang telah Allah nukilkan dalam alquran dengan unik sekali. 

Sebelum ini telah kami rencanakan tabiat hebat jemaah lebah dan tabiat buruk labah-labah (laba-laba). Kali ini ingin kami huraikan tabiat lalat pula. Jika alquran diturunkan untuk memperbaiki akhlak, tentunya segala maklumat dan petunjuk yang telah Allah nukilkan dalam quran adalah terkait dengan pedoman memperbaiki akhlak, termasuklah perumpamaan yang telah Allah berikan tentang lalat ini.


TABIAT LALAT DAN PELAJARANNYA DALAM PENGURUSAN ORGANISASI

Lalat dikenalpasti sebagai serangga yang memudaratkan. Ia suka kepada segala benda yang busuk, hanyir dan berbau. Ia bergerak secara berjemaah dan membiak dengan cepat melalui telur dan ulat (maggot) yang turut memudaratkan atau merosak sumber yang di hurungnya.

Seperti ilustrasi gambar hiasan, anda dapat lihat jika lalat menghurung luka atau kudis, ia akan bertelur dan menjadikan kudis itu berulat (maggot wound). Jika ia hinggap pada buah, terutamanya yang berair (juicy) ia akan menyebabkan buah itu busuk. Jika ia hurung bunga sekalipun, akan menjadikan bunga yang indah itu menjadi bertompok-tompok dan huduh. Jika lalat hinggap pada makanan, ia akan jadi kotor dan berpenyakit.

Dari segi rumah, lalat hidup berkeliaran tanpa sarang atau rumah. Ia berbeza dari tabiah lebah yang membina rapi srangnya maupun labah-labah yang berumah dalam sarang perangkap mangsanya.

Sebagai manusia, perumpamaan ini terkait dengan perangai individu yang bersatu dengan tabiat lalat ini tidak bijak memilih sumber kehidupan. Jika sifat pemurahnya Allah kepada kita ialah atas dasar pemberian wahyu dan hidayah, maka sumber yang terkait dengan sifat lalat ini ialah sumber ilmu dan berita/hujjah. Kerana itu ayat ini dimusyhafkan dalam surah Haji (Hujjah).

Ringkasnya, orang yang tidak bijak akan suka menghurung berita/hujjah yang busuk dan tidak keruan. Mereka ini turut membawa mulut dan bertelur merata untuk membiakkan komuniti sepertinya. Jenis ahli seperti ini akan merosakkan organisasi.

Ada pula tabiat ahli yang suka mencetuskan sesuatu berita yang busuk dan hanyir untuk memanggil manusia lalat. Berita sebegini adalah satu kefasikan yang tidak berasas. Pencetus itu sendiri tahu pasti bahawa dia sedang melakukan kejahatan dan kedengkian. Mereka tahu yang usaha mereka tidak boleh pergi jauh dan satu hari pasti kefasikan dan kerja bodoh mereka akan diketahui umum, namun dilakukan juga demi mengikuti hawa nafsu jahat mereka. 

Itulah penyakit hati yang telah menjadi darah daging seorang manusia yang malang. Tabiat perosak sesebuah organisasi ini dipanggil WASWIS (pembicaraan rahsia) mengikut bahasa alquran.

“Sesungguhnya PEMBICARAAN RAHSIA ITU ADALAH DARI SYAITAN, supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita, sedang pembicaraan itu tiadalah memberi mudharat sedikitpun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allah-lah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal” – QS 58 Al-Mujaadilah (wanita yang menggugat): ayat10.

Bagaimana caranya Allah tidak mengizinkan tabiat WASWIS ibarat lalat dan nyamuk ini merosak orang yang beriman? Iaitu dengan memesan orang mukmin agar bertakwuz, menolak fahaman jahat dan merahmati mereka dengan rahmat hidayah yang sangat indah dan meyakinkan.


BAGAIMANA MENGELAKKAN GEJALA LALAT

Secara muhkamat, kita boleh menghalau lalat dengan cara membersihkan kawasan atau persekitaran kita dari segala bahan atau benda yang busuk dan hanyir yang dikenal pasti menarik perhatian lalat. Keduanya kita boleh bunuh terus lalat-lalat itu dengan penyembur lalat atau membuat jaringan bagi menyekat kehadiran lalat itu sendiri.

Secara mutasyabihat dalam pengurusan sesebuah organisasi, kita harus sentiasa memerhati dan mengenalpasti serta membersihkan organisasi kita dari pencetus kerosakan ini. Keduanya, kita singkirkan mereka yang tidak berprinsip dan terus terusan suka berjemaah dengan komuniti lalat ini. 

Telah Allah jelaskan bahawa orang yang berakal dan bersih hatinya pasti boleh mengenal unsur fitnah yang Allah ibaratkan sebagai memakan daging saudara yang sudah busuk ini. Selaku ketua atau penanggungjawab organisasi anda harus tegas dan berani bertindak tanpa kompromi dengan kedua dua golongan ini. SAMA sahaja bahayanya bahan yang busuk yang menjadi tarikan lalat atau lalat yang menghurung itu sendiri.

Inilah nasihat yang kami berikan apabila kami dirujuk untuk menangani masalah perpecahan sesebuah organisasi yang berpunca dari tabiat gossip, fitnah dan WASWIS yang meruntuhkan ini. 

Perhatikan beberapa ayat dari Surah 47 Muhammad (Golongan Terpuji) ini.

29. Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahwa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka ? 

30. Dan kalau Kami kehendaki, niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu. 

31. Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan hal ihwalmu. 

35. Janganlah kamu lemah dan minta damai padahal kamulah yang di atas dan Allah pun bersamamu dan Dia sekali-kali tidak akan mengurangi pahala amal-amalmu. 

36. Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu. 


KESIMPULAN:

Dari sudut agama, ini hanya sedikit dari begitu banyak ayat ayat Allah yang menegaskan betapa kita harus bijak menilai ilmu/berita/maklumat dan pembawanya. Tidak susah untuk menilai kebenaran dan ketulinan ilmu/berita jika hati kita bersih dan sungguh-sungguh ingin mendekatkan diri kepada Allah. Selama ini kita tidak kenal Dajjal dan Syaitan, kerana itu kita gagal menjauhinya bahkan suka berkawan dengannya. Tidaklah Nabi katakan yang Dajjal itu boleh masuk ke rumah-rumah kita jika tidak kerana kejahilan kita mengenali tabiatnya.

Jadilah lebah yang bijak memilih sumber, tidak merosak bunga, membantu pendebungaan, bekerja dengan mematuhi aturan dan arahan ratu/ketua. Lebah cermat memainkan peranan masing-masing, bekerja untuk jemaah dan secara berjemaah, menghasilkan madu yang berhasiat, memberi tenaga dan menyembuhkan pelbagai penyakit.

Janganlah kita jadi seperti lalat yang menyukai benda busuk dan hanyir, menghurung apa sahaja sumber busuk tanpa usul periksa. Lalat bertelur merata-rata menghasilkan ulat yang merosak substance / sumber dengan liurnya.

Jangan juga jadi seperti laba-laba yang bersifat individualistik. Memerangkap mangsa dengan jaringnya, semata-mata untuk santapan peribadi dengan menyedut mangsa tanpa merubah bentuk asalnya. Licik dan rakus sungguh tabiat laba-laba.

Binalah Keutuhan Rumah tangga atau organisasi dengan pautan SATU DAHAN yang kukuh seperti lebah. BERJEMAAH dengan patuh dan teratur mengikut aturan pengatur/sang ratu dalam gerak kerja mencari sumber madu dari bunga yang indah dan murni.

Janganlah tiru struktur rumah labah-labah yang terdedah dan berserabut lemah. Rumah yang hanya berfungsi memerangkap dengan binaan jaringan yang memaut lemah apa saja dahan dan ranting di sekitarnya. Rumah laba-laba ini bersifat sementara sahaja, lepas dapat makanan ia suka-suka berpindah dan membuat perangkap baru pula. 

Paling penting sekali ialah pesanan agar tidak sekali-kali mengikut perangai lalat yang sentiasa berkeliaran TANPA RUMAH. Tiada sumber ilmu dan hidayah yang bertunjangkan siyyasah.

Sumber : Warga Prihatin

Monday, August 31, 2015

Success SUPER Mommies Hi-Tea Appreciation.

#Throwback
Setahun sudah  berlalu. Sudahkah anda mulakan usaha anda ? "Be The Architect Of Change"



"DON'T BE PUSHED BY YOUR PROBLEMS, 
BE LEAD BY YOUR DREAMS !!!"

The Power of PULLING TOGETHER !! 



:: Berminat untuk order dan / atau sertai kami? Hubungi saya ::
Azlin
Call / Whatsapp / SMS / Telegram : 019-2682709  
Email : azlin.mohdatan[@]gmail.com
COD Shaklee : Shah Alam . Putra Height . Denai Alam . Bukit Jelutong . HICOM

Tuesday, August 25, 2015

Belajar Asas Blog - Refresher


Alhamdulillah hari ni berkesempatan sertai Kelas Blog teantang Asas berblog. Actually kelas ni untuk refresh semula segala ilmu yang dah buat sebelum ni. Tetapi kali ni leh sistematik lagi. Dulu-dulu berblog belajar sendiri jer sambil tanya uncle google dan YouTube.

Bassically apa yang belajar adalah seperti berikut; 
* Kenal Blog
* Cara install Widget i.e layout, template, side bar etc
* Cara guna Link
* Cara update entry dalam blog
* Teknik blogwalking yang berkesan dan bijak

Menarik kan? Kelas ni terhad 30 orang jer di bawah pimpinan PM Cery. Jadi, sesiapa nak belajar asas buat blog meh contact.


:: Berminat untuk order dan / atau sertai kami? Hubungi saya ::
Azlin
Call / Whatsapp / SMS / Telegram : 019-2682709  
Email : azlin.mohdatan[@]gmail.com
COD Shaklee : Shah Alam . Putra Height . Denai Alam . Bukit Jelutong . HICOM







Monday, August 24, 2015

Berpiknik dengan PAF group


Alhamdulillah, terima jemputan dari anak Bisness Master Puteri dari Paf pada 9.8.15 hari tuh, berpiknik di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.  Skali skali lepak-lepak outdoor sambil berpotluck dengan anak cuci cicit bisnes sangat seronok. Cuaca pun alhamdulillah, tak ler terlalu panas... redup, skali skala berangin sepoi-sepoi... Nyaman. 

Paling seronok anak-anak ler, bebas bergaul sambil berlari dan berbuble... kejap-kejap ada yang menangis dan merajuk... hihi biasa la tuh. Sekejap jer tu, lepas tu berkawan semula.



Baby Shaklee 2013'


Anak-anak WAHM ... 



Terima kasih buat suami-suami atas sokongan dan dorongan


Portluck yang dibawa hari tuh. Sup makaroni. Bawa skali Nutriferon dan Performance Drink. Maklum nak beroutdoor kan. Memastikan seluruh keluarga tak terhydrat nanti dan imun sistem siap sedia untuk melawan elemen-elemen penyakit yang tak diundang.




:: Berminat untuk order dan / atau sertai kami? Hubungi saya ::
Azlin
Call / Whatsapp / SMS / Telegram : 019-2682709  
Email : azlin.mohdatan[@]gmail.com
COD Shaklee : Shah Alam . Putra Height . Denai Alam . Bukit Jelutong . HICOM



Wednesday, August 19, 2015

Exclusive Dinner Jutawan

#throwback 
Alhamdulillah terima jemputan dari Mentor Cery Mamafaiz, untuk Exclusive Dinner for Business Leader under Jutawan Shaklee Group di Hotel Bangi PutraJaya. Seronok tau bila dikelilingi dengan orang-orang berjaya. Recharged jer rasa. 




Welcome door Gift note

Ucapan pembuka dari Tuan Rumah.
Berbillion thanks to you dear Cery. Semoga sentiasa sihat dan murah rezekei selalu.


siap dapat medal tau 

Tapi paling best dapat cabutan bertuah Voucher Pakson worth RM500.
seronok ke seronok???


Antara leader-leader yang hadir. Semoga semua suksess dunia & akhirat
Saya sayang #ukwahfillah kita semua.

Yang ni terlebih Sayang ketat-ketat. Dari biasa-biasa sehingga mencapai rank Tertinggi Master Coornidator, susah senang, jatuh bangun, down atau tertidur... pasti ada yang akan tolong support, tembak dan kapak bersama-sama untuk upkan semangat masing-masing. 

@cery_mamafaiz @zura_betty @dilaroslan_@elaila2011 @nurizzatijawias @lyana_mansor  @prmmy2 @hernyhafiz @aineelee71 @aulakif @lia  @cipau @nurzahira @beeha



:: Berminat sertai kami? Hubungi saya ::

Azlin
Call / Whatsapp / SMS / Telegram : 019-2682709  
Email : azlin.mohdatan[@]gmail.com
COD Shaklee : Shah Alam . Putra Height . Denai Alam . Bukit Jelutong . HICOM








Monday, August 17, 2015

Mahu melancong PERCUMA setiap tahun?


Sangat-sangat teruja setiap kali nak berkongsi kisah rahsia FREE trip bersama Shaklee. Siapa yang tak suka pegi melancong secara PERCUMA?! Bawa badan dan duit belanja jer yang lain Shaklee tanggung 100%, dari pengangkutan, penginapan dan makan minum. Tahun ni masuk tahun ke-4 kami dapat reward dari Shaklee. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas setiap rezekiMu ini, Bermula dengan hanya berkongsi dan membantu oarang lain untuk mendapat berjaya dalam perjalanan penyusuan dan kesihatan, Kini saya mampu merasa pengalaman melancong ke dalam/luar negara secara PERCUMA setiap tahun. Best ke best?!

:: 2012 ::
  • National trip, 1 tiket Langkawi Westin
:: 2013 ::
  • International trip, 2 tiket Umrah & Dubai
:: 2014 ::
  • National trip, 2 tiket Sunway Resort 
  • International trip, 4 tiket Long Beach, Los Angeles dan San Francisco 
:: 2015 :: 
  • National trip, 3 tiket Palance of Golden Horses
  • International trip, 2 tiket Umrah & 

Tahun ni kami hadiahkan Shaklee International Trip kepada kedua ibu bapa kami untuk trip UMRAH/Abu Dhabi yang dijadualkan in shaa Allah pada 6-16 Dec 2015 ni (11 hari 10 malam - 3n Abu Dhabi, 3n Madinah dan 4n Mekah). Moga dipermudahkan urusan dan kesihatan mama dan baba sebelum, semasa dan selepas ke sana.

Tahun depan, ‪#‎seeyouinUSA2016‬ sambil kita meraikan Shaklee 60th Anniversary. Jom jom siapa nak rasa pengalaman melancong ke luar negara secara PERCUMA setiap tahun ?? atau ingin hadiahkan orang tersayang anda Umrah bersama Shaklee? Setiap tahun anda ada pilihan.  Tepat sangat lah kalau join sekarang !  PELUANG BISNES SHAKLEE

  • Secara sambilan atau sepenuh masa
  • Sesuai untuk wanita bekerja atau surirumah sepenuh masa
  • Sesuai untuk pelajar kolej dan universiti * modal rendah RM80 sahaja
  • peluang pendapatan 4-5 angka sebulan, melancong dan umrah percuma, bonus kereta setiap bulan.
Siapa cepat dia dapat. Masa cukup sangat untuk kumpul point. Allah tak akan sia siakan hambanya yang bersungguh sungguh #‎seeyouinusa2016‬. Impian kami semoga mendapat 6 tiket. In shaa Allah. Sebelum tu jom tengok video ni dulu kisah kami dan kengkawan masa trip tahun lepas ke USA. Hanya yang pantas akan berjaya !!





:: Berminat untuk order dan / atau sertai kami? Hubungi saya ::
Azlin
Call / Whatsapp / SMS / Telegram : 019-2682709  
Email : azlin.mohdatan[@]gmail.com
COD Shaklee : Shah Alam . Putra Height . Denai Alam . Bukit Jelutong . HICOM

Wednesday, March 11, 2015

Success Supermommies Family Day

Rindu untuk berfamily day bersama team Success Super Mommies. In shaa Allah, ada rezeki tahun ni kita gather-gether lagii. 


 Antara family-family yang hadir di Hotel De Palma, Kuala Selangor. 





Hubungi saya : 
Master Azlin
Call / Whatsapp / SMS / Telegram : 019-2682709  
Email : azlin.mohdatan[@]gmail.com
COD Shaklee : Shah Alam . Putra Height . Denai Alam . Bukit Jelutong . HICOM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...