Saturday, December 27, 2014

Cerita Magika - Supervisor Mazatul Azura



Buat sesiapa yang masih beralasan dan masih dlm comfort zone sila lah buka mata & TAKE ACTION. Ni satu kisah yg sangat inspired dan harus dijadikan contoh. Memang sebak sebab dah kenal Mai ni lama. Beliau ni la customer pertama Alin masa mula2 buat Shaklee dulu. Terima kasih Mai. 

Sangat kagum dengan semangat anda, ibu beranak 5... Tak lama lagi bakal ber-6. Alin doakan yang terbaik utk Mai. In shaa Allah takhta sr coordinator pasti milik Mai lebih awal dari target Mai tuh. Trust me. 

so buat anda semua, sila BUAT BETUL-BETUL. Alang-alang buat, biar buat betul2. Alang2 berkorban, korban sehabis baik. Jangan lupa berikan diri anda TIMELINE... berapa lama nak buat betul-betul sebab hasilnya pasti maniss. 

--------------------------------------------


Perkenalan saya dengan Shaklee bermula pada tahun 2012. Masatu saya cuma mengambil set menyusu Trial Pack dari Master Azlin. Tapi saya nibukanlah orang yang suke sangat telan pil pil ni… tapi hasrat nak menyusukananak tu, membuatkan saya telan jugak la walaupun kadang-kadang rasa nak muntahjer kan.. Kemudian saya disahkan pregnant plak semasa baby baru berusiasetahun.. tapi kandungan tak lama..  bilasaya stop breastfeeding, baby dalan kandungan jugak tak survive. Tapi tak lamasebelum saya pregnant semula. Masa ni dah nekad nak ambik set berpantangShaklee. Order ngan Master Azlin jugak. Tapi Master Azlin bagi free jer sebagai hadiah.. Alhamdulillah!!

Tanggal June 30,2013 saya register sebagai member. Tapi bukan dengan niat nak buat bisnes.. cuma sebab tak nak beli dengan orang lain. Kebetulan plak masa tu supplement dah habis… So bila Master Azlin cakap beli rm650++ dpt free membership, berkira-kira jugak la… Maklumlah… saya ni jenis habis bulan habis gaji. Tapi lepas tanya husband, husband kata ok jer.. so register jugak sebagai member. Kata kat husband, kene ikat perut la kita bulanni… Husband kata, ok jer…

Bila dah register, aura dia lain sikit especially bila Master Azlin kata kat saya, bagi dia 6 bulan.. Dalam masa 6 bulan saya boleh dapat 4 figure income. Feel untuk bisnes betul tak datang pun lagi.. Tapi hati cakap why not give a try.. bukan lama, 6 bulan jer pun… teman rapat pun bagi sokongan. Bulan pertama bisnes betul-betul bersandarkan ilmu dari group fb-supermommies dan Jutawan dan jugak tanya dari Master Azlin. Sebab saya tak deksmartphone. Masa tu ade anak sorang… anak saya cakap ‘akak.. akak kene ade whatsapp ler.. senang nak belajar bisnes’. Dia tunjuk group whatsapp kat saya.Budget memang tak pernah ada nak beli smartphone. Balik rumah cakap kat husband… rasa nak beli phone yang ade whatsapp la.. Tapi tak dek duit. Husbandcakap beli jer… nanti fikir lain. So kami survey phone dan saya tawakkal jer beli smartphone jenama Taiwan semata-mata untuk whatsapp. Tapi dalam hati bernekad, biar Shaklee yang bayar harga phone ni.. Saya beli phone harga RM380jer… dengan niat nak pakai 6 bulan jer.. 

Alhamdulillah.. bila ada whatsapp memang banyak yang bolehsaya belajar dari group. Sebagai budak baru belajar, kadang-kadang soklan tu tak berapa patut ditanya.. So pernah jugak dapat jawapan yang membuatkan hati terasa.. tapi buat tak tahu jer… Sebab niat nak belajar kan? Lepas tu saya attend kelas Fast Track to Infinite Possibilities by Master Azlin. Lepas kelas tu baru nampak peluang menjana pendapatan.  Bertitik tolak dari situ, saya nekad nak buat betul-betul untuk 6 bulan. Paling penting bonus bulan ni cover balik duit phone yang saya beli.  Alhamdulillah.. bonus bulan tu memang cover balik duit saya beli phone tu! Target nak naik Supervisor bulan December 2013. 

Tapi dalam hati saya, saya nak dapat order dari luar. Saya tak nak order dari office jer… Kawan yang selalu order dari saya semua masuk join jadi member bawah saya. Lepas ni saya nak jual kat sape? Semua dah jadi member? Tapi saya yakin jer Allah akan buka market luar untuk saya. Bulan ketiga bersama Shaklee saya mula menembusi market luar. Tak banyak pun… 2 order jer.. tapi excited giler.. Bagi saya, itu menunjukkan bukan semua orang dah kenal Shaklee sebab customer saya ni tak pernah dengar pasal Shaklee.. Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan saya. Dengan bonus bulan ketiga juga saya bayar komitment fees untuk join Family Day Super Mommies! Tears! Sebab memang target bonus mesti cukup untuk saya bayar Family Day.. Masa ni Master Azlin dah tanya,sanggup tak cabar diri naik supervisor. But saya tak ready lagi… Ilmu cam cetek sangat!!

Bulan kelima bulan yang banyak dugaan. Awal bulan jugak dah target kalau boleh nak terus jump naik Supervisor. Order kencang sampai hari-hari gi ambik barang kat HQ. Sanggup! Walaupun Cuma sebotol B-Complex! Tu semua usaha suami ku.. Boleh imagine hari-hari berulang ke HQ semata-mata nak ambik order. Sebab kami belum mampu nak buat stok! Kesian suamiku.. Lunch time jer tercongok kat HQ..Hari-hari berangkut barang naik motor bawak balik rumah utk packing- pos dan COD. Sakit pinggang tak yah cakap ler…  Dengan dugaan kawan-kawan yang order tapi xbayar.. Semua order tapi nak bayar hujung bulan.. Terpaksa plak buat pinjaman dengan seorang teman jauh utk rolling modal sementara nak tunggu bonus Shaklee masuk tengah bulan. Bila Bonus Shaklee masuk terus bayar pinjaman kat kawan tu dan merealisasikan impian nak supply Vivix ke mak sebagai supplement. Rolling guna duit bonus tu utk ambik order… Alhamdulillah… bulan yang paling banyak dugaan bulan kelima ni.. Berapa kali kami terpaksa berjalan kaki sebab tayar motor pancit.. Dengan kereta plak rosak masuk bengkel, tapi semua tu boleh diharungi bersama.. Month end masa nak closing tak dapat nak online sebab ada wedding sister. Betul-betul bergantung dengan pertolongan Master Azlin untuk monitorUV. Closing bulan tu cukup berjaya dan Alhamdulillah… manis sekali bila berjayanaik rank sebagai Supervisor.

Apa yang saya dah buat sepanjang 5 bulan untuk naik rankSupervisor?
# Rapat dengan Mentor
# Awal bulan memang saya tulis target, sebut setiap hari dan visualize target saya
# Solat Dhuha 2-3 kali seminggu
# Zikir – Istigfar, selawat & Ya Wahhab
# Solat Tahajjud
# Setiap kali dapat order (sendiri atau anak)- sujud syukur
# Banyakkan sedekah- Memberi tanpa syarat
# Kuatkan semangat dan selalu berfikiran positif.

Alhamdulillah… setakat ini, financial kami improve sedikit demi sedikit dan paling penting, saya dah mampu bagi Vivix untuk mak saya yang menghidap penyakit Buah Pinggang. Insya-Allah.


Mazatul Azura

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...